Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18 : Minggu 2

Assalamualaikum..hai

Pada minggu kedua, pelajar diberikan penerangan mengenai asas grafik dan 5 konsep asas yang perlu pelajar ikuti bagi membuat tugasan.


Seterusnya pelajar, diberikan arahan mengeluarkan bahan-bahan dan beredar dari bilik kuliah untuk menyiapkan tugasan untuk dihantar pada hari tersebut.


Kami perlu mencari 5 keping gambar yang mengikut konsep asas grafik.


Gambar yang dicari haruslah menepati kesesuaian asas grafik yang perlu diletakkan pada kad board serta menggunakan gam yang bersesuaian supaya kerosakkan tidak berlaku pada tugasan tersebut.


Tugasan ini memerlukan kerjasama yang baik dari ahli kumpulan bagi menghasilkan tugasan yang kreatif dan menarik.














Tugasan yang dah siap diberikan markah mengikut kreativiti kumpulan.


Sekian.




BBM3410/18 : MINGGU 1

Assalamualaikum...sahabat blog!!!

Pada minggu pertama kuliah saya, Pertemuan pertama bersama pensyarah iaitu Profesor Dr. Normaliza binti Rahim yang sangat pakar dalam bidang multimedia.

Dalam kuliah pada hari tersebut kami belajar mengenai apa itu multimedia yang diterangkan oleh pensyarah dan kerangka pembelajaran sepanjang pembelajaran untuk sem ini. 

Pada hari berkenaan juga kami diberikan tugasan yang pertama iaitu mengenai asas grafik dan diberi tugasan membeli peralatan seperti kad board, majalah, gunting , gam, puncher, riben dan sebagainya untuk dibawa pada minggu yang kedua. Bahan yang perlu dibawa seperti berikut.


Related imageImage result for majalah wanitaImage result for guntingImage result for gam kertasImage result for puncher holeImage result for riben


Peralatan untuk membuat tugasan dibeli dengan harga yang murah dan pelajar haruslah kreatif untuk menghasilkan tugasan tersebut mengikut pembelajaran asas grafik yang diberikan oleh pensyarah pada minggu ke 2 nanti.

Sekian saja posting kali ini..

Nantikan posting berikutnya sahabat..

BBM3410/18: TENTANG DIRI SAYA

assalamulaikum..hai sahabat bloger.

Ini ialah posting pertama saya di bolg ini. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhamad Hanif bin Mat nawi@Nawi.


 Akan saya mulai terlebih dahulu perkenalan ini. bolg ini ditulis bagi mengisi masa lapang dengan hal-hal yang bermanfaat semasa mengikuti kuliah. selain itu, Saya suka menulis dan suka membaca bagi mendapatkan bahan melalui teknologi sekarang melalui media sosial yang dapat dieskses dengan lebih mudah untuk memperoleh bahan untuk pembelajaran juga.


Saya juga suka melibatkan diri dalam bidang seni dan bidang foto  dalam blog ini . Dengan itu, saya dapat mempamerkan bakat dan kreativiti yang ada ini supaya sahabat yang lain dapat belajar sama apa yang boleh saya kongsikan bersama.


Seperti sahabat tahu bidang seni luas skopnya jadi kita boleh memperluaskan idea dan olahan yang baik bagi memperkembangkan mutu dan persembahan kepada audiens dan masyarakat yang meminati bidang ini walaupun hanya mengetahui asas seni itu.


Sahabat di luar sana untuk perkenalan pertama saya ini, saya harap semoga blog ini dapat menjadi wadah bagi artikel dan posting yang menarik untuk di kemudian harinya.


Untuk itu, terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah membuka blog saya apatah lagi membaca tulisan saya kali ini.


Sekian saja posting saya kali ini, mohon maaf andai tulisan saya kurang memuaskan sahabat sekalian.


nantikan post saya yang seterusnya...

BBM3410/18: GAMBAR DALAM FACEBOOK BERSAMA PROF TERSAYANG

Assalamualaikum sahabat blog..bertemu lagi kita di ruangan perkongsian ini.. Pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit cerita semasa saya ...