Friday, December 14, 2018

BBM3410/18: GAMBAR DALAM FACEBOOK BERSAMA PROF TERSAYANG

Assalamualaikum sahabat blog..bertemu lagi kita di ruangan perkongsian ini..
Pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit cerita semasa saya hendak berswafoto bersama pensyarah kami..iaitu Profesor Normaliza Abd Rahim

Bukan senang nak berswfoto bersama Prof..

Percaya la cakap saya..perlukan pengorbanan yang besar jugak..dari segi masa, kerahan tenaga, disiplin untuk berjumpa dengan Prof..

Kalau dah dapat peluang berswafoto dengan Prof tentu sahaja kami manfaatkan peluang itu dengan gaya yang menarik..untuk dapat hasil gambar yang menarik bersama Prof kami..

Prof kami mesra orangnya..tapi dalam mesra itu..beliau mengajar kami tentang apa itu masa dan peluang macam mana kita hargai sementara benda itu ada di depan mata kita..

Jadi disini saya selitkan beberapa keping gambar yang telah saya ambil bersama Prof kami yang tersayang..


kenangan berswafoto bersama Profesor kesayangan kami " Manis orangnya dan Senyumannya"


Tunjuk ajar yang selalu dititip beratkan bersama pelajar dan selalu memberitahu kepada pejar kita kena redho dalam buat kerja kerana disitu akan hadir keikhlasan semasa buat kerja

Jadi itu sahaja untuk kali ini..nantikan post saya yang akan datang..Terima kasih Prof untuk tunjuk ajar yang telah di semai selama 14 minggu ini..saya akan praktikkan dimasa akan datang dan mengingati kenangan yang terindah ini bersama Ptof dan rakan-rakan yang lain.






Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum sahabat blog disini...bertemu kita lagi pada kali ini dengan video tanpa wajah.

Disini saya ingin berkongsi sepanjang pergerakan video tanpa wajah itu dijalankan oleh ahli kumpulan kami.

1. Pemilihan lagu- sudirman salam terakhir
lagu ini dipilih kerana berseuaian dengan plot cerita yang hendak disampaikan kepada penonton youtube.

2. watak - seorang yang menghidap penyakit yang tidak diketaui oleh rakan-rakannya dan selepas itu, meninggalkan pesanan melalui surat.




BBM3410/18:VIDEO ONE SHOT ONE LAYER

Assalamualaikum..pada kali ini saya ingin berkongsi tentang video one shot yang tempoh hari kami lakukan bersama dengan ahli kumpulan yang lain bagi video yang dipilih bersama lagu pilihan masing-masing.

Pada hari merakam video one shot one layer kami telah memilih lagu hari raya daripada kumpulan senario. Lagu tersebut haruslah berkonsepkan lagu yang rancak dan sedap didengar.

Dalam video one shot one layer perlu mengandungi elemen seperti berikut:

1. Baju Melayu dan Baju Kurung - semua ahli kumpulan harus mengayakan pakaian berkenaan supaya mengenai dengan tema yang telah ditetapkan dan berkonsepkan lagu yang dipilih.

2. Bertempat di Muzium Warisan  FBMK- tempat berkenaan telah dipilih kerana bersesuaian dengan tema yang kami pilih.

3. Tarian - berkonsepkan tema lagu aidilfitri sangat bersesuaian dengan tarian yang sopan santun yang dalam lagi menari perhatian penonton.

4. Watak - setiap ahli kumpulan perlu menghayati watak yang telah ditetapkan dan mempersembahkan dengan bersemangat.

BBM3410/18:PAPAN CERITA

Assalamualaikum sahabat bertemu lagi kita pada ruangan ini.

saya ingin berkongsi mengenai tentang papan cerita yang telah diberikan pada kumpulan kami dan kami telah memilih satu produk untuk dijadikan papan cerita bagi menghasilkan jalan cerita tentang produk yang kami pilih.

1. milk cleanser terbaik untuk kulit kombinasi
2. nano white cell moist whitenor
3. moisturizerterbaik untuk kulit kusam
4. garnier skin naturals serum mask
5. innisfree olive cream

selepas itu, kami mengagihkan tugas kepada rakan-rakan yang lain supaya kerja yang dijalankan berjalan dengan lancar dan kemas.

1. sesi perbincangan

Kerja-kerja yang dijalankan mengikut apa yang hendak diletak pada papan cerita yang akan dihasilkan, dari segi konsep, warna yang harus dliletakan bagi menarik pembaca.

Setiap papan cerita perlulah mengandungi maklumat seperti berikut:
- suatu lakaran atau lukisan di atas skrin, halaman atau bingkai
- warna, penempatan dan saiz grafiik
- teks sebenar di atas skrin, halaman atau binkai pada yang telah dibuat

Itu sahaja dari saya tentang Papan Cerita.

Jumpa lagi pada post yang akan datang

BBM3410/18:Asas Grafik

Assalamualaikum sahabat blog!!

Disini ni saya ingin berkongsi tentang asas grafik yang telah saya  belajar. Bersama dengan point pada hari ini saya berikan supaya dapat berkongsi sedikit maklumat tentang apa itu asas grafik.


1. Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej.

2. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

3. Terdapat 5 konsep asas grafik- ruang , warna, jalinan, bentuk ,garisan dan rupa.
.
4. Bahan asas dalam membuat Asas grafik itu seperti majalah. dalam majalah yang dipilih perlu kontra dan sangat menyerlah bila ditampal pada kad board.

5. Bahan peralatan seperti gunting , gam, kad board dan kepingan gambar-gambar yang menearik dalam majalah.
   


Friday, November 16, 2018

BBM3410/18 : TWEETER

Assalamulaikum sahabat blog..salam sejahtera..

Bertemu lagi pada ruangan ini dengan perkongsian dan ilmu yang bermanfaat...

Pertama sekali saya ingin bagitau yang saya baru sahaja membuat akaun tweeter..apa itu tweeter..hahaha..nampak sangat ketinggalan dari orang lain dalam media sosial..

yang masalah nya tak pandai nak guna benda alah nie..

Tapi terpaksa jugak buat sebab tugasan yang memang perlu ada media sosial ni iaitu tweeter..

Pertama kali guna suruh kawan ajar macam mana nak tweet..tak kisah la pasal apa pun..

Ohh..rupaya senang je..

Lepas pandai guna terus tweet je la keje..retweet sekali..haha

Jadi disini saya tunjuk tweet dan retweet yang telah saya pos..












Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: CINTA TIDAK DAPAT DITIPU

Assalamulaikum sahabat blog...pada kali ini ingin saya sentuh mengenai Cinta Tidak Dapat  Ditipu..saya teruskan ye..hehe

Cinta adalah idiom paling popular di sepanjang hidup kita, mewarnai pelangi perjalanan hidup dan  ianya tembus ke dalam sukma yang paling tersembunyi.


                      Image result for cinta dan kasih sayang

Allah menciptakan di dunia ini orang-orang yang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu, saudara-saudara kita yang kurang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini diakhirat nanti. Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia perlu peruntukkan untuk beli pahala selain beli lauk -pauk dan lain-lain keperluan hidup.


Sekian sahaja perkongsian kali ini..jumpa lagi sabahat blog pada post yang lain..

Terima kasih..Assalamualaikum!!




BBM3410/18: MASAKAN PANAS SUNGGUH ENAK

                                Image result for MEE CELUP

                                                                      MEE CELUP

Assalamualaikum..pada hari nie rasa nak berkongsi resepi makanan iaitu Mee Celup. Makanan ini amat popular di pantai timur iaitu negeri kelahiran saya Kelantan.

Mee Celup cukup istemewa dan sedap rasanya terutama bila musim hujan kerana dihidangkan panas-panas..Wah menarik bukan jadi di sini saya ingin berkongsi resepi Mee Celup yang sedap ini..

Pertama,

Bahan-bahan sup dan cara penyediaan Mee Celup Thai:

- 2 liter air
- 1 kg tulang lembu/daging/ayam
- 1 serai diketuk
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang akar ketumbar
- 1 cm halia
- 2 cm lengkuas
- 1 kayu manis
- 1 sup bunjut
- 2 biji buah pelaga
- 1 bunga cengkih
- 3 sudu kicap pekat

Seterusnya, ketuk bawang putih, serai, halia, lengkuas, masukkan semua bahan dan masak 40 minit guna pressure cooker. Bila dah masak, keluarkan semua bahan di atas untuk elakkan mengganggu kuah bila lama sedikit kecuali tulang dan perasa dengan 1 sudu teh serbuk lada sulah, 1 sudu teh serbuk lada hitam, 1 setengah garam dan secubit gula atau mengikut rasa. Lebihkan sedikit masin.


Kedua,

Bahan pelengkap Mee Celup

- sambal air lada
- lobak putih asin
- ikan bilis goreng
- bawang goreng
- lada jeruk
- kacang tumbuk
- daun ketumbar
- daun bawang
- asam limau nipis
- minyak bawang putih

Semua bahan dah lengkapkan..jadi apa lagi..ambik mangkuk ler..siap untuk dimakan..

Selamat berjamu selera semua..

oaky..jumpa di lain post ya..sahabat!!!




BBM 3410/18 : TUGASAN VIDEO PROSES BUAT PHOTOSHOP

Assalamualaikum sahabat blog disini..

Adakah sihat semua??

Ini adalah tugasan yang diberikan mengenai Aplikasi Adobe Photoshop..

Okay pada kali ini sedikit perkongsian yang ingin saya kongsi mengenai cara-cara menggunakan adobe photoshop..

Seperti yang kita maklum Adobe Photoshop ini banyak kegunaannya. Jadi saya ingin berkongsikan disini ialah cara-cara untuk membuat kaledar menggunakan Adobe Photoshop...

Untuk memudahkan kamu semua untuk mempelajari dengan lebih terperinci saya selitkan link video di ruangan ini..





https://www.youtube.com/watch?v=DaDyrd6ni-k

Sila tengok cara-caranya untuk melihat proses untuk membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop..

Monday, November 12, 2018

BBM3410/18 : VIDEO ONE SHOT TWO LAYER

Assalamualaikum sahabat blog..salam pagi yang ceria yang penuh makna dan barokah..amin

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai aktiviti saya pada hari kemarin iaitu tugasan berkumpulan untuk membuat video..

Video apa tu ye??

Seperti biasa video yang tentang apa-apa bentuk cerita yang bersesuaian dengan tajuk lagu yang dipilih dan dilakonkan berdasarkan lagu tersebut.

Akitiviti ini sangat menarik dan sangat memberi pengalaman yang baru..hahaha

Walaupun saya menari macam bongkah kayu!!! tau tak bongkah kayu menari..

Pada kali ini, tugasan kami ialah membuat video One Shot Two layer..

tugasan ini sangat mencabar kerana perlu menanyi dan melakonkan balik apa yang hendak disampaikan dalam lirik lagu yang telah dipilih..


Saturday, November 10, 2018

BBM3410/18 : ORANG SUKA BERSENAM VS ORANG YANG TIDAK SUKA BERSEANAM

Assalamulaikum sahabat blog..bertemu lagi kita pada ruangan ini dengan sedikit perkongsian yang amat ringkas dalam seharian hidup kita semua..Jadi di sini saya ini berkongsi sedikit cerita tentang:

Orang suka bersenam vs Orang yang tidak suka bersenam..

ok, saya lanjutkan ye!


Image result for kelebihan bersenam

Untuk mendapat bentuk badan yang sihat, seseorang perlulah melakukan senaman secara teratur. Kajian yang dilakukan oleh Thomas Corley menunujukkan bahawa golongan bersenam secara teratur beberapa hari dalam seminggu. Senaman yang mereka lakukan antaranya ialah aerobik, joging, ataupun sekadar berjalan kaki sangat memberikan kesan yang positif kepada tubuh badan.

Mereka suka bersenam merasakan bahawa produktiviti mereka akan terus dijaga jika tubuh sihat dan segar. tidak mungkin boleh bekerja jika  kita menderita tidak sihat, kecuali jika sekadar selsema ringan yang boleh dihilangkan dengan suntikan vitamin dengan harga yang sangat mahal. Hal ini kerana, agar tubuh tetap segar dan boleh bekerja, oleh itu mereka yang suka bersenam akan membiasakan diri mereka untuk bersenam.

Hal ini sangat berbeza dengan orang yang tidak suka bersenam. Mereka juga turut bersenam, tetapi tidak teratur. Hal ini disebabkan kerana tingkat keperluan hidup yang sangat tinggi sehingga mereka tidak sempat memiliki waktu yang terluang, mereka selalu memanfaatkan waktu terluang itu dengan perkara yang tidak produktif. mereka lebih suka pergi ke pusat beli belah ataupun berjumpa dengan orang lain untuk bergosip.

sekian dari saya dengan perkongsian yang ringkas ini.

Assalamulaikum sahabat!!!




BBM3410/18: GAMBAR DALAM FACEBOOK BERSAMA PROF TERSAYANG

Assalamualaikum sahabat blog..bertemu lagi kita di ruangan perkongsian ini.. Pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit cerita semasa saya ...