MEE CELUP
Assalamualaikum..pada hari nie rasa nak berkongsi resepi makanan iaitu Mee Celup. Makanan ini amat popular di pantai timur iaitu negeri kelahiran saya Kelantan.
Mee Celup cukup istemewa dan sedap rasanya terutama bila musim hujan kerana dihidangkan panas-panas..Wah menarik bukan jadi di sini saya ingin berkongsi resepi Mee Celup yang sedap ini..
Pertama,
Bahan-bahan sup dan cara penyediaan Mee Celup Thai:
- 2 liter air
- 1 kg tulang lembu/daging/ayam
- 1 serai diketuk
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang akar ketumbar
- 1 cm halia
- 2 cm lengkuas
- 1 kayu manis
- 1 sup bunjut
- 2 biji buah pelaga
- 1 bunga cengkih
- 3 sudu kicap pekat
Seterusnya, ketuk bawang putih, serai, halia, lengkuas, masukkan semua bahan dan masak 40 minit guna pressure cooker. Bila dah masak, keluarkan semua bahan di atas untuk elakkan mengganggu kuah bila lama sedikit kecuali tulang dan perasa dengan 1 sudu teh serbuk lada sulah, 1 sudu teh serbuk lada hitam, 1 setengah garam dan secubit gula atau mengikut rasa. Lebihkan sedikit masin.
Kedua,
Bahan pelengkap Mee Celup
- sambal air lada
- lobak putih asin
- ikan bilis goreng
- bawang goreng
- lada jeruk
- kacang tumbuk
- daun ketumbar
- daun bawang
- asam limau nipis
- minyak bawang putih
Semua bahan dah lengkapkan..jadi apa lagi..ambik mangkuk ler..siap untuk dimakan..
Selamat berjamu selera semua..
oaky..jumpa di lain post ya..sahabat!!!
No comments:
Post a Comment