Wednesday, October 10, 2018

BBM3410 /18: Kepentingan pemupukan amalan budi bahasa

Assamualaikum sahabat blog!!!

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweang dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisasikan misi nasiaonal negara ke arah wawasan 2020. Jadi sahabat sekalia, amalan budi bahasa ini perlu di praktikkan  dari seseorang secara konsisten.

Image result for budi bahasa

Seterusnya, salah satu kepentingan amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut. Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya menjaga perasaan antara satu sama lain samada melalui tutur bicara atau perlakuan.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara generasi yang lain di dunia


Jadi amalan yang baik ini perlu diamalkan supaya kita dapat hidup dengan lebih aman dan harmoni sampai bila-bila...

Sekian sahaja sahabat


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: GAMBAR DALAM FACEBOOK BERSAMA PROF TERSAYANG

Assalamualaikum sahabat blog..bertemu lagi kita di ruangan perkongsian ini.. Pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit cerita semasa saya ...