Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tentang sukan kegemaran saya...iaitu FUTSAL..
Belajar-belajar jugak tapi aktiviti seperti ini perlu kita cuba..mana tahu bakat terpendam itu ada..siapa sangkakan..hehe..tuah ayam ada di kaki tuah manusia siapa yang tahukan..itu contoh..yang mana tidak suka bersukan tu..buat lemak je la..hahhaha
sekadar gambar hiasan..
Ini ada sedikit maklumat tentang futsal yang ingin saya kongsikan...
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan pengjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
Sekian sahaja perkosngsian saya..semoga memberikan maklumat kepada sahabat blog..Baca sampai habis ya sahabat!!
No comments:
Post a Comment