Friday, November 2, 2018

BBM3410/18 : ADAB MENUNTUT ILMU

Asalamulaikum sahabat..bertemu kita kembali dengan perkongsian yang menarik dari pada saya..Pada kali ini ingin saya kongsikan 3 Adab dalam menuntut ilmu..hehe.. kalau ada silap tegur la saya, saya hanya ingin berkongsi apa yang saya tahu saje melalui pengalaman dan pembacaan saya..

3 Adab Menuntut Ilmu.

Image result for adab menuntut ilmu

Pertama, Jangan menuntut ilmu kerana mencari kemegahan dan terkemuka.

Terutamanya bermegah dengan kawan-kawan. Ingat menuntut ilmu itu adalah suatu yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T dan terdapat keistimewaannya. Jangan kotorkan dengan sifat yang riyak. Mencari kemegahan bukanlah sepatutnya menjadi tujuan kita dalam menuntut ilmu.

Kedua, Jangan menuntut ilmu kerana mahu menarik perhatian orang ramai.

Kerana ada sesetengah orang menuntut ilmu supaya orang lain melihatnya sebagai orang yang hebat di mata mereka. Ini merupakan perangai yang ditegah oleh syarak kerana dapat menyebabkan di berasa ujub dengan dirinya sendiri.

Ketiga, Jangan menuntut ilmu untuk mencari kekayaan dunia.

kita perlu letakkan niat dan hati yang ikhlas dalam menuntut ilmu ini sabahat blog, juga perlu memerlukan masa yang agak panjang untuk melatih hati supaya menjadi ikhlas ketika menuntut ilmu . Dalam pada itu juga kita perlu kepada bimbingan daripada seorang guru supaya kita meperoleh keberkatan itu nanti.

Setakat itu sahaja perkongsian 3 adab menuntut ilmu daripada saya ye sahabat blog..sekian dari saya..nantikan post saya yang akan datang..Assalamualaikum!!!


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: GAMBAR DALAM FACEBOOK BERSAMA PROF TERSAYANG

Assalamualaikum sahabat blog..bertemu lagi kita di ruangan perkongsian ini.. Pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit cerita semasa saya ...