Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Tugasan minggu 5

Assalamualaikum.. sahabat blog!!!

Pada minggu kelima kami diberikan arahan darpada pensyarah untuk membuat tugasan di luar kawasan pembelajaran mengenai  multimedia iaitu tentang mengambil gambar fotografi bagi diletakkan di media sosial iaitu Instagram.

Dalam arahan itu, pensyarah mengarahkan kami mengambil gambar yang mengikut konsep pada minggu tersebut iaitu flatlay, half flat lay, quater flat lay, dan zero flat lay.

Gambar seperti flatlay mulai dikenali pada tahun 1987 sebagai" knolling" suatu konsep fokus objek pada sudut yang tepat dari atas. Kini, konsep ini telah berkembang menjadi salah satu dari trend fotografi yang paling popular pada zaman sekarang. Selalunya flat lay menampilkan pakaian dan aksesori, fotografi makanan dan kopi fotografi.Gambar yang diambil mengikut keativiti pelajar yang membuatkan gambar itu lebih menarik







Kedua, kami mengambil gambar half flat lay. Gambar Half flat lay di ambil dengan sudut 45 darjah bersesuaian dengan kontra gambar yang menarik. Bahan-bahan yang disusun dengan kreativiti yang pelbagai bagi mendapatkan gambar yang menonjol yang menarik dan dapat menarik pandangan sahabat blog juga.




ketiga, gambar yang diambil ialah quater flat lay.. Pelajar perlu  mengambil gambar itu dengan kedudukan 15 darjah. Bahan-yang disusun juga perlulah menarik dan pelbagai. Penggunaan bahan warna yang terang dan harmoni perlu diletakkan dengan kreativiti sendiri.




keempat ialah kami perlu mengambil gambar zero flat lay. zero flat lay yang perlu diambil dengan keadaan gambar itu nampak secara mendatar..gamabr diambil perlulah menarik mengikut konsep fotografi yang diterangan di dalam bilik kuliah. Bahan-bahan juga di susun dengan pelbagai bagi mendapatkan struktur gamabr yang baik dan berkualiti tinggi. Penggunaan bahan juga menggunakan warna yang terang dan menarik supaya gambar yang dihasilkan itu berkualiti.


sekian saje daripada saya nantikan post yang selanjutnya....



No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: GAMBAR DALAM FACEBOOK BERSAMA PROF TERSAYANG

Assalamualaikum sahabat blog..bertemu lagi kita di ruangan perkongsian ini.. Pada kali ini ingin saya berkongsi sedikit cerita semasa saya ...