Assalamulaikum sabahat
blog..bertemu lagi kita di ruangan ini..kali ini saya ingin berkongsi dengan
kamu semua tentang kehendak dan keperluan kita sebagai manusia..
Demi
memastikan diri dan keluarga terus berjaya mendepani situasi getir ini, menjadi
tanggungjawab kita dalam memastikan setiap pendapatan yang diperoleh digunakan
secara bijak tanpa pembaziran. Dalam hal ini kita perlu membezakan di
antara keperluan dan kehendak. Adakah sesuatu barang yang dibeli itu merupakan
satu keperluan atau hanya untuk memenuhi kehendak?
Abraham Maslow yang merupakan seorang tokoh psikologi banyak menyentuh topik berkenaan motivasi telah mencipta satu piramid atau tangga (Hiraki) keperluan manusia. Dalam hiraki keperluan ini terdapat lima fasa dan seseorang itu hanya akan naik ke fasa seterusnya jika keperluan di dalam fasa itu telah dipuaskan. Mengikut piramid keperluan Maslow, keperluan yang paling bawah ialah keperluan fisiologikal seperti makanan, minuman dan pakaian. Tangga kedua ialah keperluan keselamatan seperti keselamatan diri, keluarga dan harta. Keperluan ketiga ialah keperluan berkasih sayang, berkeluarga, kemesraan dan rakan-rakan. Tangga keempat menuntut keperluan untuk berkeyakinan, penghormatan dan kejayaan. Tangga kelima atau tangga terakhir ialah keperluan penghakikian diri dan ini termasuklah soal-soal moral, kreativiti, penerimaan kenyataan, tiada prejudis.
Kehendak
Apa itu kehendak? Secara amnya, kehendak itu ialah sesuatu yang manusia inginkan dan ia selalunya berbentuk indah. Kehendak juga kadangkala mustahil untuk dicapai sekiranya tidak diiringkan dengan usaha dan impian. Perkara ini akan memberi sebuah kepuasan yang bersifat sementara dan bukan kekal. Pasca moden ini, dunia dipengaruhi dan dikelilingi dengan kehendak semata-mata terutama 5F yang boleh dikategorikan sebagai kemewahan iaitu:
Manusia diciptakan oleh Allah dan diberi rezeki daripada-Nya jua sebagaimana firman-Nya `Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki)’(Surah Ar Ra`d : 26) dan firman dalam surah An Naml ayat 64 `Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya dan memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?’
1. Fashion – pakaian berjenama
2. Film –
hiburan
3. Food –
restoran, kafe
4. Football – sukan (golf, F1, polo dan sebagainya)
5. Finance – kad kredit (hutang)
No comments:
Post a Comment