Sudah tentu saudara kenal siapa kolonel sanders. Beliau adalah orang yang mencipta resipi ayam goreng kentucky fried chicken. Beliau mencipta nama dan kejayaan dengan resepi itu. Beliau seterusnya memutusnya hendak mencadangkan resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Tetapi malangnya, resipi itu ditolak mentah-mentah...Apa yang berlaku kemudiannya?
Kolonel Sanders tidak putus asa. Baginya, dia tidak gagal, cuma belum berjaya. Dia terus mencuba sehingga orang ke 1000 pun masih menolak resipi kebanggaannya itu. Namun dia tidak berasa gagal, dia yakin dengan kejayaannya, cuma kejayaan itu belum tiba lagi. Akhirnya, dia bertemu dengan orang ke 1009 dan dia pun berkata, Hmmm...resipi ini sungguh bagus!!!
Sembilan tahun kemudian, selepas perniagaannya maju, kolonel sanders menjual perniagaannya dengan harga US2,000,000. Kini rangkaian restoran KFC di merata dunia, digemari oleh setiap lapisan masyarkat. jika kolonel sanders merasakan dirinya sudah gagal lantas berputus asa, adakah beliau akan berjaya membina empayar perniagaan seperti itu? sudah tentu tidak! Jadi, kenapa Saudara Perlu berasa kecewa dan gagal.
Dengan itu, yang ingin saya kongsikan sebagai penutup tentang kisah tokoh ini ialah kita tidak boleh terus berputus asa dan mengalah walaupun diri kita jatuh. Kerana bukan kita gagal waktu itu, cuma kejayaan itu belum hadir lagi.. tetaplah semangat setiap hari dalam hidup kita dan lakukanlah yang terbaik dan sentiasa memberikan manfaat kepada orang sekeliling kita.. insyallah kita pun akan menjadi orang yang berjaya dikemuadian hari..amin..amin..aamin..
sekian sahaja post kali ini..